Alhmdulillah diam tak diam dah masuk seminggu kita berpuasa di bulan yang suci ini. Bulan yang penuh dengan keberkatan dan kesucian. Di bulan ramadhan inilah kita sebagai hamba yang soleh dan soleha diharuskan memperbanyakan amalan untuk dibawa pada akhir kelak. Mudah-mudahan kita tergolong didalam orang-orang yang beriman.. amin..
Seruan ilahi merupakan seruan yang bukan sembarangan orang yang akan dapat hanya orang yang hanya layak dan hanya tuhan sahaja yang tahu.. Aku mempunyai sahabat yang hidupnya mungkin juga tidak seperti yang lain, dye merupakan seorang yang liar, suka bergaul dengan orang yang bukan-bukan tetapi aku tidak pernah mengalah untuk mengubah dye jadi orang yang berguna dalam dunia ini. Diam tak diam la sangat dye dapat seru untuk pergi ke rumah ALLAH.. SUBAHANALLAH.. sungguh tidak percaya aku tapi aku harus akur itu mungkin sudah tertulis sejak azali lagi,.
pada hari ini, dye akan pergi ke rumah ALLAH untuk membuat umrah, dye akan berada disana selama 2 minggu,. Aku doakan agar dye selamat pergi dan balik.
* bukan senang untuk menjadi tetamu ALLAH, ramai manusia yang berkeinginan untuk ke sana. Ini adalah rumah ALLAH yang sangat suci.. Apabila datang ke sini sudah pastinya sebuah perasaan yang amat tenang dirasakan.
* Ramai manusia yang berhimpun di sini, tidak kira bangsa, agama, keturunan atau pun pangkat bila disini kita semua adalah sama. SUBAHANALLAH sungguh besar kekuasaan Mu tuhan..


Tiada ulasan:
Catat Ulasan