state the function of color code in telephone sistem
welcoMe..!!!
Aku menulis sekadar suka suki
tiada kena mengena dengan idup atw mati
aku sekadar nak menyenangkan hati
lw tidak suka silakan pergi
dari page cerita kedai kopi
Ahad, 31 Julai 2011
ia datang lagi
assalamualaikum ^_^
Selama ini ia menghilang kini ia datang kembali, bulan ramadhan adalah bulan yang paling ramai orang islam menantikan dengan tibanya bulan yang mulia ini aku mengharapkan segala amalan aku akan diterima dengan hati yang ikhlas aku berpuasa. Akhirnya sempat jugak aku ke bulan ramadhan pada tahun ini tetapi aku tidak pasti adakah aku sempat untuk menyempurnakan bulan ramadhan. Segala yang berlaku sebelum ini aku harapkan dapat aku lupakan dan buat sebagai amalan kebajikan. Segala dosa kecil mahupun dosa besar segala keampunan hanya padaNya aku bersujud. Segala dosa sesama manusia hanya kata maaf yang ku pinta. Bermaafan bukan sekadar dibulan ramadhan sahaja tetapi setiap masa tidak kira bulan dan hari kita mestilah bermaafan, eceh da macam hari raya pulak dah.. huhuhu..
Aku mengharapkan agar bulan yang baik ini aku semakin dekat dengan maha pencipta, insyallah amin...dulu masa kecik2 mner la tahu makna puasa tengok keluarga makan pagi2 dah macam sarapan ey tup2 ooooo ( muncung panjang sedepa ) baru la tahu makna sebuah puasa setelah di ajar mengenainya. Dalam bulan ini jugak aku akan balik keje cepat hua hua hua, itu la yang penting..
Sabtu, 30 Julai 2011
kelebihan ramadhan
Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.
1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-
2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-
3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-
4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-
5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-
PENERANGAN HADIS
1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.
2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.
3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.
4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.
5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.
6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.
7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.
8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.
9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.
10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.
11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.
Isnin, 25 Julai 2011
kuasa ilahi
assalamualaikum... ^__^
Dengan nama allah yang maha pemurah lagi maha penyayang, aku dengan hati yang lega baru lepas baik dari demam, sesungguhnya apa yang baik datang dari allah dan apa yang buruk datang dari diri aku sendiri.. Setelah beberapa hari aku kurang sihat akhirnya aku dapat menjalankan aktiviti seperti biasa. alhmdulillah syukur kepadamu tuhan yang memberi segala nikmat.
Hari yang cukup indah dengan burung yang bising bagaikan mengerti perasaan ini yang selalu ceria, kadang2 soalan yang macam nie sering kali aku tertanya
langit yang terbentang luas nie kt mana tongkatnya..???
air sungai yang mengalir dimana penghujungnya..???
dimana bintang tak kala siang menjelma...???
semut yang berkerja bilakah waktu rehatnya..???
bumi yang bergerak di atas paksinya siapa yang gerakan ia..???
banyak soalan yang masih belum terjawab lagi, semakin kita banyak soalan yang belum terjawab semakin itu juga kita mahu mencari jawapan yang pasti dan setiap insan yang mahu mencari jawapan tersebut semakin ia dekat dengan sang pencipta yang mengetahui segalanya samaada yang baik atau yang buruk.
Kuasa ilahi yang cukup indah dari setiap sedut pandangan,..
YA ALLAH.. bertapa bersyukurnya aku menjadi seorang muslimah yang berpegang pada ajaranMu.. bertapa untungnya aku dapat melihat alam indah yang diciptakan olehMu, sudah terbukti segalanya menunjukan keindahan alam adalah dengan kuasaMu. Gunung ganang, air terjun, masjid, pokok-pokok dan alam semestar segalanya dengan kekuasaanMu ya ALLAH.. kami hamba yang lemah tidak mampu untuk kami menolak pemberianMu dengan adanya alam ini kami dapat mengenal kekuasaanMu.
Dengan nama allah yang maha pemurah lagi maha penyayang, aku dengan hati yang lega baru lepas baik dari demam, sesungguhnya apa yang baik datang dari allah dan apa yang buruk datang dari diri aku sendiri.. Setelah beberapa hari aku kurang sihat akhirnya aku dapat menjalankan aktiviti seperti biasa. alhmdulillah syukur kepadamu tuhan yang memberi segala nikmat.
Hari yang cukup indah dengan burung yang bising bagaikan mengerti perasaan ini yang selalu ceria, kadang2 soalan yang macam nie sering kali aku tertanya
langit yang terbentang luas nie kt mana tongkatnya..???
air sungai yang mengalir dimana penghujungnya..???
dimana bintang tak kala siang menjelma...???
semut yang berkerja bilakah waktu rehatnya..???
bumi yang bergerak di atas paksinya siapa yang gerakan ia..???
banyak soalan yang masih belum terjawab lagi, semakin kita banyak soalan yang belum terjawab semakin itu juga kita mahu mencari jawapan yang pasti dan setiap insan yang mahu mencari jawapan tersebut semakin ia dekat dengan sang pencipta yang mengetahui segalanya samaada yang baik atau yang buruk.
Kuasa ilahi yang cukup indah dari setiap sedut pandangan,..
Ahad, 24 Julai 2011
sahabat sejati sentiasa di hati ^_^
assalamualaikum, sudah lama tidak aku singah di sini kerana aku agak sibuk dengan urusan kerja yg banyak. Memandangkan hari ini hari cuti untuk aku boleh la aku singgah di sini jap.
Diam tak diam da hampir 3 bulan aku kt jb, di tahan airku, sepanjang tempoh 3 bulan ini juga bermacam peristiwa yang telah berlaku.. aku juga sudah lama tidak pergi ke terengganu tempat aku study. ermm macam maner aku nak g da aku sibuk jer..insyallah nti aku g jgk kt sner melawat sahabat2 aku yg berada disana.
Selama aku kt jb nie, tiba2 pulak aku teringat dengan sahabat2 aku yg berada disana, sahabat yang selalu ada dengan aku tidak kira lah dalam masa aku senang atau pun susah.
Aku sebagai seorang perantau aku sangat suka untuk berhijrah ke tempat orang untuk mencari pengelaman yang baru, semakin aku bayak tempat berhijrah semakin ramai aku dapat kenal sahabat tidak kiralah bangsa.
sesungguhnya aku amat rindu pada sahabat2 aku, aku harap agar mereka dirahmati ALLAH..amin..

Selasa, 5 Julai 2011
Masa Untuk Berjuang
Assalamualaikum, sahlan wasahlan syahdu ramadhan.. ey slah bulan depan la ramadhan ooppsss silap hihi.. aper yg aku nak kongsi kali nie pasal berjuang, nie bukan berjuang pergi berperang taw ini pasal hidup aku.
Aku baru sahaja bermula bekerja ( practical ) di salah sebuah syarikat besar di banda johor bahru, pada mulanya aku berasa takut tetapi dengan nasihat si pujaan aty akhirnya aku akur jua.
Hari pertama......
Aku datang dengan debaran macam nak pecah jer jantung nie, macam2 yg aku gambarkan keadaan aku disana, atas nasihat si pujaan aty aku kena kuat jugak,. Eleh..nie bru practical belum keje yg betul2 so aku kena la terima sebarang cabaran ecehhh..!!! hahahah..
Aku dikenalkan dengan semua staff, agak macam nak pengsan kowt bila aku salam dengan bos, yela nama pun bos kan spe yg tak takut sey, agi2 aku nie hahaha.. tapi wat relex jer..
Aku jugak dapat kawan bru yg boley masuk jugak la dengan perangai aku nie hahaha.. sebuah ofis yg sangat aku suka dan staff disini semua layan macam adik sendiri..aper2 pun selamat berjuang kepada rakan-rakan yg lain..

Sabtu, 2 Julai 2011
Aku Mengkagum wanita-wanita itu
Kisah Siti Hajar meruntun sukma…
Bersama bayi kecilnya dia ditinggalkan di lembah gersang membakar…
Suami tercinta, Ibrahim berlalu dengan linangan air mata…
Rahsia dari arahan Tuhan tidak pernah dipersoalkan, hanya patuh atas setiap perintah-Nya.
Tanpa makanan, tanpa minuman, tiada pepohonan, tiada insan buat peneman..
Hanya bayinya Ismail yang mulai menangis…ratap sayunya kerana lapar dan kehausan..
Pedih hati seorang ibu, kasihnya membara menguatkan jiwa…
Ke sini dan ke sana, antara dua bukit Hajar berlarian bagai tak kenal erti lelah…
Harapan menjejak air buat merawat dahaga putera tercinta
Dari jauh bagaikan ada, namun mendekat nyata ia fatamorgana..
Putus asa tidak pernah singgah di hatinya, mencari dan terus mencari….
Berlari dan terus berlari, hingga berulang alik sampai tujuh kali…
Ingatan pada kata-katanya sendiri tersemat kukuh saat si suami berlalu pergi,
“Jika ini perintah Ilahi, pasti DIA tidak akan mensia-siakan kami!”
Aku pengkagum wanita-wanita itu, manusia biasa dengan semangat luar biasa…
Punya jati diri dan tinggi keyakinan diri, pasrah berserah dengan ketentuan-Nya
Bersuamikan Fira’un Maharaja perkasa, gelaran ratu menghiasi singgahsana…
Permaisuri Asiah jelitawan mulia, kedudukan bukan untuk bermegah..
Hanya sahaja melayan resah, suami di sisi berbeza aqidah…
Angkuh sombong zalim pemerintahan, takbur mendakwa dirinya Tuhan..
Dilepas hidup dakwanya mampu menghidupkan…
Dihukum bunuh, sangkanya mampu mematikan.
Terhibur hatinya tatkala mendapat tahu,
Masyitah si tukang sisir menyembah Yang Esa..
Berkongsi rasa, berbagi cerita, saling mendorong teguh beragama..
Suatu ketika Masyitah menyisir rambut puteri Maharaja..
Terlancar di bibirnya saat mengambil sisir yang jatuh….
“Dengan nama Allah binasalah Fir’aun”.
Si puteri tersinggung mendengar ayahanda dihina..
Mengadu cerita, membangkit amarah ayahandanya..
“Siapakah Tuhan yang kau sembah?”
Teguh pendirian, tidak berganjak, kata-kata Masyitah mencetus lahar..
“Tiada Tuhan selain Allah , Penguasa sekelian alam dan segala isinya”
Masyitah diberi dua pilihan, mengaku kufur atau tetap beriman..
Bersaksikan rakyat jelata dan Fir’aun durjana…
Di hadapannya kuali besar tersedia, menunggu hukuman penamat usia…
Menatap bayi di dalam pelukan, cinta ibu menghadirkan belas kasihan..
Takdir Allah, si anak kecil lunak bersuara, memujuk Masyitah memilih keimanan
“Wahai ibuku, Jangan kau ragu, pintu Syurga terbuka menanti kita”.
Tanpa jeritan, tanpa keluhan,
Masyitah dan anaknya terjun ke dalam kuali besar..
Wangi semerbak mengiringi pemergian..
Roh mulia bertemu Allah Yang Maha Esa..
Menyaksikan suami menzalimi wanita dan bayi yang lemah..
Membakar jiwa Asiah, mewarwar kebenaran aqidah..
Fir’aun menganggap permaisurinya gila…
Menyiksa Asiah tanpa belas dan rasa duka..
Sebelum nafas berakhir di dunia, ke hadrat Yang Kuasa Asiah berdoa
“Wahai Tuhanku! Binalah untukku sebuah rumah di sisi-Mu di dalam syurga,
Selamatkanlah aku dari Fir’aun dan perbuatannya,
Serta selamatkanlah aku dari kaum yang zalim”.

Jumaat, 1 Julai 2011
Fahamilah Maksud Perbuatan Tuhan

Orang yang tidak kenal Tuhan,
Orang yang tidak faham kerja-kerja Tuhan
Dia tidak akan faham maksud Tuhan menjadikan sesuatu
Maksud Tuhan itu difaham mengikut yang dia faham
Akhirnya dia tidak mampu menanggung, apa yang dilakukan oleh Tuhan pada dirinya
Kalau Tuhan beri dia kuasa,
Tuhan hendak melihatkan kuasa-Nya pada diri orang itu
Tapi orang itu merasa berkuasa dan berbangga dengan kuasa yang ada
Dia pun takbur dan sombong dan menyalahguna kuasanya
Jika dia diberi kekayaan,
Tuhan hendak melihatkan kekayaan-Nya pada diri orang itu
Tapi orang itu dialah yang merasa kaya, dia pun megah dan sombong
Dia pun menghina orang yang papa kedana
Apabila Tuhan memberi ilmu,
Tuhan hendak memberitahu ilmu-Nya pada orang itu
Ilmu Tuhan yang diberi kepadanya
Orang itu menganggap dialah yang punya ilmu,
Dia mahu dihormat dan dipuji
Dia rasa, dialah orang alim yang patut dimuliakan
Padahal Tuhan hendak melihatkan ilmu-Nya pada orang itu
Jika seseorang itu suaranya sedap atau rupa parasnya cantik
Tuhan memberitahu itu adalah anugerah Tuhan padanya
Tuhan pinjamkan kepadanya
Tapi orang itu merasa megah pula dengan suara dan rupanya
Ingin dipuji dan disanjung selalu
Kalau Tuhan uji seseorang dengan kesusahan dan penderitaan
Tuhan hendak memberitahu,
Dia mampu bertindak apa sahaja kalau Dia mahu
Dia mahu orang itu sedar dan insaf agar kembali kepada-Nya
Tapi orang itu pula dia tidak senang, gelisah, kecewa dan putus asa
Begitulah orang yang tidak kenal dan tidak faham perbuatan Tuhan
Orang itu tidak akan rasa tenang jiwanya
Jiwanya tidak senang dan kecewa selalu mungkin putus asa
Hormat orang tidak kekal, sanjungan orang tidak selalu
Pujian orang tidak mesti sampai ke hujung
Kemegahan dan kekuasaan tidak selama-lamanya
Apabila segala-galanya sudah tidak wujud
Lagi kecewa, menderita, putus asa
Oleh itu kenalilah Tuhan,
Fahamilah maksud perbuatan Tuhan
Bukan maksud seperti yang kita fahami
Langgan:
Catatan (Atom)