Di dalam dunia nie, tidak lengkap jika tiada seorang lelaki atau perempuan. Mereka ini saling memerlukan antara satu sama lain yang merupakan tunggak utama dalam kehidupan, jika salah seorang tiada di dalam dunia ini mungkin mereka akan merasakan kesunyian dan sepi. emak pernah bagitahu pada aku bahawa perempuan yang baik hanya untuk lelaki yang baik dan bergitu jugaklah dengan lelaki yang baik hanya untuk perempuan yang baik, tapi pada zaman sekarang nie yang zaman canggih nie ader ker macam tu, yang aku tengok semua sama jer baik lelaki atau perempuan. Aku pun kadang2 terfikir sampai bila keadaan ini akan terus berlaku, tidak ada keperimanusiaan ker siapa yang buat macam itu. Aku pun bukan la nak menunding jari pada siapa2 tapi cuba la korang fikir mana yang betul dan elok..aku pun tak nak la cakap panjang2 sebab semua tu masing2 punya hal..huhuh
Ok2..aku ader story nak share sikit, mungkin boleh jadi panduan korang yang baik jadi ikutan dan yang buruk jadikan sempadan tapi ikut korang ar nak buat kt sempadan mana sempadan singapore pun boleh jugak..haha..dulu ader seorang perempuan nie nama dye ain dan lelaki tu namanya zack..tersebut la satu kisah yang amat sedih jugak pada aku, ain baru jer lepas abis belajar kira lepasan SPM la dan bekerja di sektor perkhidmatan awam bergitu juga dengan zack. Mereka satu tempat kerja tetapi lain tugas, zack merupakan store boy di syarikat tersebut. Setiap hari mereka berselisihan tetapi tiada perasaan terpaut lagi kerana ain tahu bahawa zack merupakan kawan sekolah lama beliau yang berpindah ke sekolah teknik, dan ain juga mengetahui bahawa pada zaman persekolahan zack mempunyai teman wanita. Ain pergi dan balik kerja tanpa memikirkan sebarang masalah yang ada, apabila ain di tempat kerja, dye suka berjalan dan berbual dengan orang di sekeliling. Beliau juga sangat rapat dengan kak ika yang diangap sebagai akak sendiri,jika mempunyai masalah mereka pasti akan bercerita bersama. Ain dan kak ika merupakan pekerja yang sangat peramah dan mesra, senang jika di ajak berbual dan paling utama mereka ini menjadi kesukaan teman2 sekerja. Hari berlalu bergitu pantas dan sampai la pada satu hari,.. zack menghantar stok yang baru sampai ke ain, pada masa itu ain bermuka selamber jer,dan zack ditemani dengan mail kawan sekerja, zack dan ain merasakan tiada perasaan pada saat tersebut dan lantas ain terfikir mengenai teman wanita zack yang beruntung mendapatkan zack yang ada rupa, kaya dan sebagainya.
Pada satu hari, tanpa diduga mail datang meminta nombor telefon ain,. Dengan tersipu malu kambing ain bagi. Keesokan hari baru ain tahu yang mail disuruh oleh zack supaya meminta nombor telefon ain, rasa macam happy pun ader, tapi tak tahu macam mana nak cakap sebab perkara da berlalu. Pada 29.06.... zack memberanikan diri untuk menelefon ain,dan tarikh itu juga merupakan tarikh lahir zack. Seorang lelaki kan berkata manis pada perempuan yang baru dikenalinya, ain merasakn dirinya diawangan dengan mimpi sendiri. mereka semakin rapat dan setiap hari zack akan menjemput ain balik kerja untuk dihantar pulang ke rumah. Apabila cuti mereka akan keluar bersama-sama, kenangan yang tidak dapat untuk ain lupakan sampai bila-bila. Selama bersama tidak terfikir ain bagaimana perasaan teman wanita zack jika mengetahui hal ini, mana mungkin seorang wanita sanggup melihat teman lelakinya bersama dengan wanita lain. Ain juga pernah bertanyakan soalan pada zack mengenai hubungan zack dengan teman wanitanya tetapi zack berkata mereka sudah tiada apa2 hubungan yang istimewa. Tidak dapat bayangkan pada masa itu, bahawa ain sangat gembira dan dye yakin bahawa dye tidak merampas hak siapa2.
Hari berganti minggu, minggu berganti bulan dan bulan berganti tahun mereka masih bersama,. Semakin itu juga zack selalu meminta pertolongan ain dari segi keewangan dengan bermacam2 alasan dan sebab. Zack juga berkata akan memulangkan kembali wang yang telah dipinjam. Hubungan zack dengan kaluarga agak rengang, zack merupakan anak bongsu dan semuanya lelaki. Tanpa ain sedar hampir rm1000 lebih zack kikis dari ain, dengan langkah yang cukup berhati2 zack mengatur segalanya dalam diam, zack hanya mahu memainkan perasaan ain. Hati seorang wanita yang tidak boleh melihat kesusahan orang yang di sayang, segalanya ditanggung oleh ain,. Ain juga sanggup bersusah payah demi zack,.zack bagi ain adalah segalanya sampaikan ain sanggup menutup kesalahan yang dilakukan oleh zack. Kehidupan dan kepayahan zack ditanggung dengan ikhlas oleh ain seorang, sedangkan zack tidak pernah berfikir mengenai kepayahan ain yang penat bekerja untuk mencari duit simpanan sebagai bekalan sambung belajar. Tapi bak kata orang2 zaman dulu Orang yang mabuk bercinta apa sahaja sanggup dilakukan.
Ain mempunyai kawan rapat yang sangat baik dan mengambil berat, semua akan dicerita oleh ain,.sampailah pada satu hari yang tidak dapat dilupakan..........................................................
*masa : petang.
*suasana : hujan.
Telefon berbunyi dan tertera nama kawan baiknya,.
Merlisa: hye..kau kat mana ???
Ain : kat rumah la kt mana lagi.
Merlisa: aku ingat kau dengan zack.
Ain: (***** bingung**** ) tak la mana ada,.kenapa beb ???
Merlisa : aku nampak zack dengan perempuan lain la, aku ingat tu kau.
Ain : ( bagaikan batu basar dihentak ke kepala ) kau tengok la betul2 mana la tahu salah orang..
Merlisa : ya allah betul beb, kereta dye betul2 kt tepi kereta aku. Tak xpela macam nie nanti kite jmpe aku cerita lagi, aku nak gerak dulu. Kau sabar ok,aku tahu perasaan kau macam mana.ok take care sayang..
Ain : ( bagaikan tidak percaya apa yang berlaku hanya mampu berfikir sejenak)
Telefon diletakan dan di saat itu lah air mata seorang wanita mengalir, selepas kepercayaan dan kejujuran di berikan tetapi akhirnya.................................................
Suasana pada masa itu bagainkan mengerti perasaan ain yang sedih, hujan diluar semakin lebat dan tidak menunjukan petanda mahu berhenti, walaupun ain tidak melihat dengan matanya sendiri tetapi bagi ain dye lebih mempercayai kawan baiknya. Hanya tuhan sahaja yang tahu perasaan ain pada masa itu, sedih, geram dan 1001 perasaan ada. Mula berfikir patut pun dye meseg zack tidak dapat rupanya keluar dengan perempuan lain... pada malam itu ain menangis dengan sepuasnya, tetapi ain tahu menangis sampai air mata darah pun tidak berguna. Setelah semuanya terbongkar dan bagaikan petir yang menyambar zack bagitahu bahawa dye sudah bertunang dengan wanita yang dye pilih. Hanya air mata yang tidak dapat berhenti apabila berfikir mengenai peristiwa yang melanda. Akhirnya zack menghilangkan diri dan saat itu juga ain merana seorang diri, selalu ingat pada zack dan tidak dapat melupakan zack sampai akhir hayat. Mana mungkin kita dapat melupakan cinta pertama tetapi berkecai ditengah jalan. Walaupun sedih dan perit ain teruskan juga kehidupannya mecari sinar bahagia untuk dirinya. Setelah bertahun wajah zack tetap dalam ingatan, kenangan bersama zack tidak dapat dilupakan. Berdoa pada tuhan agar zack bahagia dengan orang di sayang. Ain juga dengan hati yang ikhlas menghalalkan segala pemberiannya dan pertolongannya terhadap zack. Di mana sahaja ain berada di situ juga muka yang sama dengan zack akan terlihat, betapa susahnya untuk ain mengharungi kehidupannya. Walaupun ain ketawa riang tetapi di hatinya hanya tuhan yang tahu.. kini ain redha dengan semua ini yang telah tertulis untuknya dan setiap yang berlaku pasti mempunyai hikmahnya..andai kau tahu bukan senang untuk melupakan orang yang di sayang, andai kau tahu smpai sekarang ini masih mengigatimu, andai satu hari nanti tiada lagi dibumi ini hanya doamu yang mengiriku pergi buat selamanya.
*bagi sesiapa yang mempunyai orang yang di sayang, sayangi la dye seadanya sebelum terlambat...
Buat renungan bersama :
Andai dia bukan milik ku,
Sedangkan ALLAH telah berjanji...
“lazimnya lelaki yg baik,untuk perempuan yg baik,
Sebaliknya lelaki yg jahat,unutk perempuan yg jahat..”
Andai tiada siapa disisi,
Bersama mengharungi onak duri perjuangan,
Sedangkan seringkali aku diseru...
“berserahlah kepada Allah kerana cukuplah Dia menjadi pentadbir urusanmu”
andai harapan kasih akan berkecai,
sedangkan kerap aku di ingatkan...
“letaklah harapanmu kepada Ku rahmatKu amatlah dekat bagi mereka yg memperbaiki amalanya”
Andai mahligai impian tidak terbina,
Dan singahsana idaman hancur musnah
Sedangkan Allah telah berfirman...
“kamu merancang, allah juga merancang dan Allah jua adalah sebaik-baik perancang”
Andai realiti tidak seindah impian,
Sedangkan sering kali jelas terbukti ,
Kebenaran kalimah suciNya...
“boleh jadi yg kamu benci baik untuk kamu
Boleh jadi yg kamu suka buruk untuk kamu”
Andai taman cinta hambaMU,
Tidak berpeluang untuk aku jejaki,
Sedangkan pada hakikatnya...
“cinta abadi yg aku dambakan
Redha allah yg aku pohonkan
Kasih ilahi yg aku rindukan
Syurga firdausi yg aku idamkan..



