Assalamualaikum..
Semoga sihat semua yer kawan2..aper yang aku nak cerite adalah perkara yang berlaku dalam hidup aku, sebagai penulis blog yang satu hari nanti akan menjadi seorang “programmer” adalah tanggungjawab untuk ader blog hahaha..aper yang aku mengarut nie..ok2 back to the new topic.. aku rasa dalam bulan nie jer da banyak pil aku telan untuk tenangkan tekanan yang semakin kuat melanda dan layan pening aku yang semakin pening dengan semua keadaan. Nak bagithu nie pil yang aku sebut tu bukan pil yang bukan2 tapi pil yang telah disahkan oleh kerajaan dengan sokongan dokter yang merawat aku..huhuhu.. ok minggu yang penuh dengan tugasan, pembentangan, marah, sedih, gembira semua dalam 1001 rasa.. da macam rancangan masak2 pun ader huhuhu.. maner la aku tidak rasa 1001 rasa masing2 kt rumah sewa nie semua buat hal, aku tak kacau dye orang jangan la kau orang nak kacau aku, sesungguhnya aku paling benci orang yang macam itu. Dasar talam empat belas mula dan segala muka ader nie law buat perbandingan tembok cina pun kalah kalau da macam2 muka pun ader. Salah satu bahasa yang aku amat suka adalah macam nie ‘aku tak caro hal mu,mu jangan la nk caro hal aku’..hahahah memang aku suka sangat cakap perkataan ini law aku tak puas hati dengan siapa2 jer..ok selepas menempuh minggu yang penuh dengan kepeningan macam naik kapal laut dengan takdir tuhan kawan aku yang sorang nie ajak g pantai, alamak memang cantik ar, macam tahu2 jer aku tengah serabut then tanpa berfikir panjang aku N the geng telah membuat satu rancangan di saat akhir untuk pergi ke distinasi yang telah dirancang..huhuhu
*selang beberapa hari keputusan beramai-ramai tanpa undi telah dibuat..*
Hari yang ditunggu telah tiba, dengan penuh semangatnya aku siap set jam pukul6.00 pagi untuk tak nak lambat punye pasal, tapi lepas aku bangun dan buat aper yang patut aku tido balik hahaha..ok da pun kul7 untuk bangun kembali, aku, zue, ain,anis dengan penuh semangat tunggu alan n bob untuk amik kite orang semua. Masa tu aku boleh kira berapa minit aku tunggu budak2 tu semua.. sekali hampeh lambat la sey sampai tapi tak pe aku kena sabar sebab kalau aku banyak bunyi ader jugak rancangan nie cancel huhuh.. sebelum kite orang g pantai kite orang singgah kat kedai makan dulu biase la nak bersarapan. Ala maklumlah nak g pantai kan mesti kena sarapan dulu baru perut kenyang dan hati pun gembira.
*di kedai makan*
Makcik: nak makan aper ????
Aku : eerrmmm..aper yang ader kt sini ???
Makcik : *dalam aty* (aku tanye dye,ey dye pulak yang tanye aku) dengan muka yang cukup ikhlas kot mak cik tdy ckp..macam2 ader kt sini,lontong, nasi minyak, bakso, nasi goreng, nasi lemak dan sebagainya.
Aku : tak pela sy nak roti canai jer..( dengan buat muka tak bersalah )
Makcik : ( ei,dak nie ader jugak yang kena sudip dengan aku,buat penat jer aku cakap panjang2 sekali dye pesan roti canai jer )..roti canai yer,ok..
Aku sebenarnya suka nyakat orang tua tapi tak der la sampai melampau, tengok jela macam mak cik tdy, punye la penat dye cakap macam2 yang ader kt kedai dye sekali last2 aku Cuma pesan roti canai jer..hahahaha..sabo jela..
*makanan da sampai,tanpa menoleh kiri n kanan telan air milo ais seteguk aper lagi makan roti canai sampai habis tanpa ader yang tertinggal..huhuhu
Perjalanan diteruskan lagi pergi ke distinasi..
Eeeeeerrrrrrrr ( x sabo nak tengok pantai dan agak marah sebab agak perlahan si bob nie bawak kereta )
Saat yang dituggu pun tiba..jeng2..aku da dapat tengok pantai dari jalan raya lagi,fuyoo memang cantik ar tempat nie, dengan secara automatik aku lupa dengan segala bebanan di fikiran aku nie, hanya mampu tersenyum bila melihat pantai yang memanggil untuk datang dekat.. aku kalau bab2 macam nie memang no1 hahaha..kawan2 aper lagi seranggggggg..!!!!!da macam nak g berperang la pulak..hihi
Nie pantai yang aku N the geng telah pergi,hanya mampu tunjuk gambar jer..
Ha..per macam ader best tak..??? tapi bagi aku la memang masyuk kt sini, lagi pun aku kt tempat orang nie maner la tahu sangat tempat2 yang boleh pergi. Harap maaf la yer jika gambar tu ader makhluk manusia yang sibuk memancing.
Berlari berkejaran da macam filem hindustan untuk berasa bahagia buat seketika bersama dengan kawan2. Aku aper lagi,jejak jer pantai tu terus g cari air,yela name pun pantai tak kan pulak nak cari kereta.. aku berasa amat seronok apabila bersama dengan kawan2 aku nie, mereka jer yang tahu semua yang berlaku pada aku selain “temuk” haha..masa aku kt pantai tu peh memang telefon aku campak jauh2 ar huhu..maaf la pada “temuk” kalau awak telefon saya tak angkat, bukan tak nak angkat tapi memang tengah best dengan suasana pantai nie sampai telefon pun buat tak tahu jer.. ader yang pamcing ikan tapi aku pun tak tahu ikan aper..
Aku semakin menganas di pantai dengan penciptaan perang baling pasir huhu..abis semua budak2 nie kena perang pasir dengan aku, tapi dengan aku sekali tak terlepas kena pasir jugak, semakin aku jauh lari semakin banyak la pasir yang akan di baling dengan budak2 nie. Aku rasa macam pantai ini aku yang punya ( perasan jer lebih ) kahkah.. budak2 semua aku tengok gembira jer macam tak ader apa2 yang berlaku, aku rasa bebas dari segala yang terjadi dan berasa semangat untuk hari yang akan datang. Pengalaman yang tidak mungkin dapat untuk aku lupakan sepanjang aku berada di tempat orang ini, sebagai anak perantau aku juga mempunyai banyak pengalaman bersama-sama dengan kawan yang lain baik pengalamana yang baik atau yang buruk.
Terima kasih pada ain, zue, anis, pian, aman, abg zack, bob, alan dan tidak lupa juga pada syak. Luv u all my frends...thanks a lot..



Tiada ulasan:
Catat Ulasan