state the function of color code in telephone sistem

welcoMe..!!!

Aku menulis sekadar suka suki
tiada kena mengena dengan idup atw mati
aku sekadar nak menyenangkan hati
lw tidak suka silakan pergi
dari page cerita kedai kopi

Rabu, 11 Mei 2011

sebuah pengorbanan

Dalam dunia nie ader tak sesiapa yang tak pernah berkorban aper jer, berkorban yang baik2 ar law berkorban lain tu aku tak nak masuk campur. Aper yang aku nak share dengan kamu semua ialah pengorbanan seorang ibu,. seorang ibu boleh menjaga sampai 10 anak-anak tapi dalam ramai anak nie belum tentu dapat menjaga seorang ibu, insyallah kita semua tidak bergitu. 
Aku sekarang nie keje part time kt TS dan aku lebih suka berkawan dengan makcik2 kt situ sebab makcik2 semua nie layan jer kepala sebab tu walaupun aku cuti cume 2 bulan jer aku sangup keje sebab nak hilangkan rasa bosan. Paling tidak pun aku boleh tahu cerita kt TS tu, TS merupakan tempat keje aku sebelum aku dapat tawaran sambung belajar. Banyak kenangan yang tak dapat aku lupa. Agi pun aku punya promoter ok jer dye tu agi la masuk air,.dye juga seorang ibu, boleh di cakap kat bahagian aku nie semua ibu2 ar cuma aku jer adik2 kira aku nie muda ar hahha.. datang keje tak ader aper2 masalah kt pale hotak nie rasa bahagia jer bila keje dan dengan suasana yang ok jugak la. Walaupun tak ramai pelanggan tapi sale tetap ader beb..
ok aku cter pasal satu kisah seorang ibu nie yang bagi aku agak sedih jugak la. Aah aku gelarkan dye akak sempoi sebab aper aku bagi gelaran dye sebab dye nie sempoi jer..huk2..tak sampai 1 hari aku keje aku dah dapat berita yang amat sedih bahawa akak sempoi ader penyakit "TB" mula-mula aku dengar agar terkejut tapi aku tetap kuatkan hati sebab aku perlu tahu macam maner semua nie boleh terjadi padahal selama nie aku tengok dye sihat jer. Aku diberitahu oleh akak sempoi bahawa dye da 2 bulan lebih selalu batuk-batuk pada hari tu dye pulak nak g klinik, so lepas dye balik dari klinik kami di beritahu oleh beliau bahawa dye ader penyakit "TB". Pada keesokan harinye dye akan di periksa dengan menggunakan xray. Nak pendekan cerita bila da da g xray dye datang tempat keje dan aku amat kenal muka dye tengah sedih. Dye terus cakap dengan aku bahawa dye mempunyai penyakit "TB" yang amat serius. Aku hanya mampu memberi dye sokongan agar dye tidak cepat berputus asa, berpantang maut sebelum ajal.Dengan air mata yang mengalir tanpa di tahan terus juga mengalir bagaikan mengerti perasaan pada saat tu. Aku bertanya macam maner boleh terjadi macam nie, dengan wajah yang tenang dye menjawab penyakit nie dari adik beradik yang juga mempunyai penyakit yang sama. Dye juga terus bercerita adik beradik dye pergi juga kerana penyakit ini, aku tidak dapat bayangkan bagaimana perasaan beliau pada saat ini, beliau memerlukan perhatian dan beliau juga perlukan sokongan dari orang yang berada di sekeliling. Dye bersedih kerana seandainya allah menjemput dye  lebih awal macam maner dengan anak-anak. siapa akan menjaga anak-anak. bagaimana nasib anak-anak bila ibunya telah tiada, semakin aku menjadi sedih dan kesian atas nasib yang menimpa beliau, tapi sebagai seorang ibu tunggal dye perlu kuat demi anak-anak. dye tak boleh mengalah,. Aku tiba-tiba menjadi lemah dan sangat sedih bila dye mula bercerita mengenai anak-anak. Sekarang ini setiap bulan akak sempoi akan pergi ke hospital untuk memeriksa penyakit beliau.
Seorang ibu yang sangup mengadaikan nyawanya sendiri demi untuk melihat anak-anaknya berjaya pada satu hari nanti bila dewasa si  ibu mengharapkan agar anak- anak dapat berjasa pada negara dan tanah air. Aku melihat kekuatan dye untuk mencari rezeki untuk anak-anak.Setiap kali aku mendengar cerita yang di kongsi aku tahu perasaan akak sempoi pada saat itu, setiap kali aku melihat senyuman dye tiap kali tu jugak wajah anak-anak dye akan aku bayangkan.
Aku akan sentiasa bersama dengan dye untuk bagi semangat dan aku juga akan selalu menjaga waktu makan ubat dye. aku mendoakan agar dye selamat dalam hidup dan jika allah mahu terik nyawanya dengan cepat berilah dye peluang untuk melihat anak-anaknye berjaya dalam dunia ini, jika dye tidak sempat untuk semua tu aku harapkan agar dye aman di sana..
aku juga harapkan pada sesiapa yang membaca cerita ini tolonglah bacakan surah al-fatihah untuk dye agar dye selamat dalam hidup.

Isnin, 2 Mei 2011

sejuta kenangan

Assalamualaikum..akhirnya dapat jugak aku meneruskan lagi penulisan aku kt blog nie, windu jugak aku nk menaip kt blog nie..huhuhu,. ayat aku nie tak bley bla ar.. penuh dengan puitis..huk2..
biler kite cakap pasal kenangan sudah pasti setiap manusia ader kenangan yang tersendiri, dan aku yakin sesebuah kenangan itu pasti tak dapat untuk dilupakan sama ada kenangan manis atau pahit.
sebagai seorang pelajar yang mengembara di tempat orang aku sering kali mengumpul banyak kenangan yang manis dan pahit, aper yang aku nak kongsi nie bukan la satu kanangan yang boleh buat sesiapa menangis atau ape2 jela. Aku cuma mengharapkan agar kalian menghargai orang yang berada di sekeliling kalian. 
Aku masih ingat lagi pada satu hari tu, aku dapat berita mengenai kawan aku tiada lagi di dunia ini. Mungkin sudah masa untuk dye pergi dahulu sebelum kite, tapi mengapa cepat sangat dye pergi aku pasti banyak lagi perkara yang dye belum sempat untuk buat tapi apa kan daya allah lebih sayang pada dye lagi. Aku dan kawan2 yang lain menghantar jenazah di tempat asal beliau, kami sampai dalam jam4 pagi. Aku tidak kisah jika aku penat yang pasti tanggungjawab sebagai seorang kawan harus ditunaikan. Sampai sahaja di surau yang berdekatan aku sedah terlihat keluarga arwah yang kelihatan bersedih dengan pemergian hero yang di sayang. Aku sempat memohon dengan tuhan agar aku tidak mengalirkan air mata agar aku kuat untuk tidak melihatkan kesedihan aku di hadapan kawan2 yang lain. Jam 10 jenazah akan dikebumikan di perkuburan islam. Perginya seorang kawan yang baik dan aku beruntung dapat kawan dengan beliau kerana beliau seorang kawan yang sangat baik, beliau juga seorang yang pendiam.

Apa yang aku nak sampaikan di sini adalah bahawa kawan yang baik bukan mudah untuk jumpa tapi kawan yang jahat mungkin akan berada dihadapan kite walaupun kite sendiri tidak perasan. Aku juga masih ingat bahawa kali terakhir aku bergurau dengan beliau seakan tiada apa petanda yang akan memberi tahu beliau akan pergi buat selamanya.Sejuta kenangan bersama dengan beliau tidak mungkin akan dapat kami lupa, hanya doa yang dapat dikirimkan pada beliau agar beliau di tempatkan di kalangan orang2 yang beriman..