biler kite cakap pasal kenangan sudah pasti setiap manusia ader kenangan yang tersendiri, dan aku yakin sesebuah kenangan itu pasti tak dapat untuk dilupakan sama ada kenangan manis atau pahit.
sebagai seorang pelajar yang mengembara di tempat orang aku sering kali mengumpul banyak kenangan yang manis dan pahit, aper yang aku nak kongsi nie bukan la satu kanangan yang boleh buat sesiapa menangis atau ape2 jela. Aku cuma mengharapkan agar kalian menghargai orang yang berada di sekeliling kalian.
Aku masih ingat lagi pada satu hari tu, aku dapat berita mengenai kawan aku tiada lagi di dunia ini. Mungkin sudah masa untuk dye pergi dahulu sebelum kite, tapi mengapa cepat sangat dye pergi aku pasti banyak lagi perkara yang dye belum sempat untuk buat tapi apa kan daya allah lebih sayang pada dye lagi. Aku dan kawan2 yang lain menghantar jenazah di tempat asal beliau, kami sampai dalam jam4 pagi. Aku tidak kisah jika aku penat yang pasti tanggungjawab sebagai seorang kawan harus ditunaikan. Sampai sahaja di surau yang berdekatan aku sedah terlihat keluarga arwah yang kelihatan bersedih dengan pemergian hero yang di sayang. Aku sempat memohon dengan tuhan agar aku tidak mengalirkan air mata agar aku kuat untuk tidak melihatkan kesedihan aku di hadapan kawan2 yang lain. Jam 10 jenazah akan dikebumikan di perkuburan islam. Perginya seorang kawan yang baik dan aku beruntung dapat kawan dengan beliau kerana beliau seorang kawan yang sangat baik, beliau juga seorang yang pendiam.
Apa yang aku nak sampaikan di sini adalah bahawa kawan yang baik bukan mudah untuk jumpa tapi kawan yang jahat mungkin akan berada dihadapan kite walaupun kite sendiri tidak perasan. Aku juga masih ingat bahawa kali terakhir aku bergurau dengan beliau seakan tiada apa petanda yang akan memberi tahu beliau akan pergi buat selamanya.Sejuta kenangan bersama dengan beliau tidak mungkin akan dapat kami lupa, hanya doa yang dapat dikirimkan pada beliau agar beliau di tempatkan di kalangan orang2 yang beriman..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan