state the function of color code in telephone sistem

welcoMe..!!!

Aku menulis sekadar suka suki
tiada kena mengena dengan idup atw mati
aku sekadar nak menyenangkan hati
lw tidak suka silakan pergi
dari page cerita kedai kopi

Jumaat, 11 Mac 2011

zaman retro

Suasana hujan dengan lebatnya sekali, dengan muka yang mengantuk dan tanpa membuang masa sebelum idea dan cerita aku hilang baik aku tulis dulu..opss bukan tulis tapi taip huhuhu.. selalunya tengah masa2 hujan nie la orang lain sibuk2 kemas tempat tidur aku dengan selamba bukak laptop then ape lagi bermulalah satu coretan yang berlaku dalam hidup aku, kali nie aku nak cerita pasal zaman retro dulu2 ha..tapi cerita aku nie tak der kena mengena dengan yang hidup atau yang mati, terutama tiada kena mengena dengan zaman retro bab ayah dan mak aku bercinta dulu2..hahaha.. masa2 hujan nie jugak lah tiba2 perasaan aku kembali pada zaman kanak2.. aper yang aku nak cerita nie bukan ape ar sekadar suka2 jer, mesti korang ader kenangan yang tidak dapat di lupakanha samalah dengan aku jugak, tak kira lah kenangan manis atau pahit,. Tapi bagi aku la kan dalam hidup aku nie pada zaman retro kanak2 lebih banyak kenangan yang manis sampai boleh kena kena kencing manis..huhu.. dulu.. aku adik beradik dengan jiran berdekatan rumah asal petang jer bermulalah lagenda anak pakcik rahim..huuhuhu, ala agi pun kite orang bukan buat apa2 pun sekadar bermain suka2 di petang hari, macam2 jugaklah macam2 yang aku n the geng main, zaman retro kanak2 jugak lah aku dapat rasa macam2 permainan. Yang aku paling suka sekali main lobang tikus tapi tak tahu la korang pernah main atau tak permainan nie, ala yang guna jari tu then kena lompat tinggi2 bagi siapa yang kakinya terkena tari da dikira kalah, ader juga main tali skiping kot namanya, yang nie pun kena lompat2 jugak tapi yang nie kena lompat sambil cakap bahagian mana kt tubuh badan kita yang diguna, aku nak taip secara terperinci pun tak tahu nak terangkan macam maner tapi mesti la korang pernah main kalau tak pernah main pun tak pela mesti la korang pernah tengok kan.. kalau main basikal tu jangan cakap ar da sebati dengan diri, aku ingat lagi waktu petang tu aku adik beradik lawan main bola then kawan abang aku datang rumah naik basikal aku dengan semangat nak la pinjam basikal dye then dye bagi jela, aku pun aper lagi, da la tinggi basikal tu aku layan kan jela nak naik punya pasal aku sangup di kt tanggan depan rumah then mintak tolong kt akak aku peganagkan basikal tu, ader pulak sorang hamba allah nie ajak aku lawan basikal, aku aper lagi sahut la cabaran eceh da macam pergi lumba masuk sukan jer, bila nak dipendekkan cerita masa tu aku nak belok ke kiri aku rasa hilang imbangan last sekali basikat tak dapat nak kawal dengan sempurna aku terus termasuk ke longkang kt depan rumah aku...semua yang tengok aku aper lagi gelak sakan sampai nak tertongeng dye orang gelak kan aku..kurang asam betul budak2 nie bukan nak tolong nie boleh ketawakan pulak, nak kawal malu punya pasal angkat basikal jer terus masuk kt dalam rumah. Tapi.... sebelum tu ader halangan yang kena aku tempuh.. abang aku yang sorang nie dengan kawan2 dye tengah main bola, tapi bila aku keluar jer dari longkang tu dengan takdir tuhan bola yang budak2 nie main...teenngggg....!!! terkena pulak kat kepala aku..adui da macam batu besar terhenpap kat kepala, kedengaran lagi suara gelak tawa mereka, alahai da malu aku nie.. da la jatuh longkang lepastu kena pulak bola. Yang aku rasa nak nangis masa bola terkena kat kepala aku.. budak2 nie siap cakap gggooolllll..!!!!! aper dye orang ingat kepala aku nie tiang gol ker per.. tanpa mambuang masa aku terus lari masuk rumah..kt dalam rumah kena pulak soal siasat dengan mak aku nie da macam persalah pulak, ha..amik kau bertubi-tubi soalan yang mak aku tanya..jawab dengan muka yang meminta simpati..hahahhaa...

Aku masih ingat lagi satu hari nie kat rumah aku ader kenduri la sikit2 abis rumah riuh dengan keluarga dan sanak saudara yang datang, kalau nak cakap pasal sanak saudara abis satu rumah boleh runtuh dengan gelak tawa mereka..eceh ayat tak boleh bla..aku kalau da jumpa denga sedara yang sorang nie memang jadi terus ar, mak aku panggil pun aku buat tak tahu jer huhu.. bila nak di pendekkan cerita, aku adik beradik dengan sedara aku nie main la kejar2 abis satu rumah kita orang pusing, dengan kebetulan pulak mak aku gantung la kuali kt ampaian nak suruh bayangkan keadaan kuali tu kebawah dengan telinga kuali tersangkut kt paku.. dengan takdir tuhan jugak baik punya lari macam lipas kudung akak aku yang sorang nie terkena pulak kepala dye kat kuali punya telinga tu,.hahhaah... da terbukti pendek sangat akak aku nie..huhuhuhu... abis berdarah kepala dye, terus senyap budak2 yang main lari2 da macam terkena satu kejutan elektrik bila tengok keadaan akak aku tu, tapi jangan risau keadaan masih lagi terkawal, akak aku di rawat dengan cermat oleh mak yang tersayang,. Macam biasalah sambil letak ubat sambil mendapat ceramah secara percuma..

Dari dulu sampai sekarang kalau adik beradik berkumpul cerita pasal zaman retro kanak2, mesti subjek yang utama ialah sakat akak aku nie..nasib baik lah akak aku tak hilang ingatan, kalau hilang ingatan payah jugak aku nak pulihkan memori dye...hahahha... zaman sekarang nie maner la ader permainan macam tu lagi semua da moden bila ditanya permainan apa yang suka da tentu la budak2 sekarang cakap PSP,Ps3, macam2 semua ada. Bila cerita pasal permainan dulu2 da tentu budak2 nie tak tahu hahaha..kesian betul la dengan budak2 yang macam tu. Aku dulu main punya pasal sampai da masuk magrib pun tak balik2 lagi, pada hal mak da jerit suruh balik tapi eh main lagi, da kena tarik telinga barula nak balik.. masa magrib la masing2 berebut nak masuk bilik air..hahaha.. sabo jela.. 

Isnin, 7 Mac 2011

tiru punya pasal

Ape punya nasib la aku nie dapat kawan yang macam tu, kadang2 aku tertekan jiwa jugak tapi nak buat macam maner la kan da tu perangai dye. Tapi aku bersyukur jugak la sebab aku ada jugak kawan yang baik yang selalu dengan aku. Tapi bab sekarang nie aku bukan nak citer pasal kawan2 aku hahaha...
Jiwa dan raga aku hanya padamu wahai pelajaranu..hahaha..hidup aku nie tak lepas dengan kuiz, perbentangan, test and the last final test,. Ha nanti ader kuiz network boley tahan payah jugak ar subjek tu tapi law baca buku insyallah dapat jawab, apa yang aku nak citer nie bukan skema jawapan atau cara nak jawab soalan dah macam zaman sekolah dulu2, asal nak periksa besar je mula la macam2 program ader, sampai lenguh jugak la aku nak ikut setiap program yang di anjurkan tapi aku sedar tu semua demi kebaikan aku jugak dan hasilnya aku dapat sambung belajar. Berkat doa cikgu2 dan kedua ibu bapa akhirnya aku berjaya suku jalan baru,haha..alhmdulillah kerana aku  dapat sambung belajar akhirnya. Stop citer zaman sekolah ok...
Ha..aku selalu terfikir asal exam jer mesti dak2 kelas masing2 bawak toyol ( nota yang telah siap lengkap dengan point sekali untuk di tiru dalam exam )..ala jangan nak tipu la, mesti setiap orang pernah buat kerja jahat nie tapi bagi aku la kan tak la jahat sangat kot, yela dari tak dapat jawab langsung tak ker giler tu namanya.. da jadi tradisi kot asal exam jer wajib meniru, tak kira la macam mana pun cara meniru. Termasuk aku jugak..hahaha..sape yang tak pernah meniru angkat tangan, ey tak payah la bukan ader orang nampak pun.. (@@’)
Macam2 cara ader, aku ada tengok member aku baik punya nak tiru sampai pemadam yang putih bersih tu bis jadi hitam sebab cara berkomunikasi menggunakan barang pinjam..hahaha... dak2 nie ada2 jer caranya asalkan dapat jawab ha..sama jer dengan aku.. tapi yang nie aku rasa lagi best kot tak tahu la pada korang macam maner an,.  Aku exam dalamdewan da tentu campur kelas yang sama aliran nak di pendekan cerita aderla makhluk allah yang smart nie dye pening sangat kot tengok soalan sampai berkerut dengan dahi dan muka da tentu la memainkan peranan yang penting, kumpulan kelas aku nie pulak ditempatkan di hujung sekali  so aper2 yang terjadi kt dalam dewan nie kiranya aku boleh tengok ar,.ok balik pada hamba allah tadi..dye da pening kot, dengan menoleh kiri dan kanan setelah cukup pasti tiada pensyarah yang ada dengan lampu hijau di kepala budak nie dengan selamba pusing belakang dengan posisi bangku terjongket ke belakang budak nie nak tanya kat member dye yang duk belakang, dengan izin tuhan tiba2....prrraaakkk...!!!! dewan yang sunyi sepi diakhari dengan gelak tawa, sekali kerusi budak tadi patah..hahahahah...aku aper lagi gelak sakan ar, budak2 yang tengan kusut kepala yang muka macam da nak jadi ala2 hulk boleh tergelak tengok budak nie jatuh..adui..kantoi badak yang dye nak tiru..adoi budak nie nak tiru tak kira kerusi rapuh asal boleh jer.. member2 aku cakap budak tu kena gantung dari amik exam.. kesian tu memang la kesian tapi nak buat macam mana dye jugak yang menempah maut..sekali ha amik kau nak sangat tiru.. ada jugak member aku yang sorang nie lain pulak caranya, dye pakai baju bengkel peh memang da macam ikut peraturan ar kiranya tapi sebaliknya law bukak baju bengkel tu, ala mak datuk da boleh buat satu buku nota da,.yang aku tak boleh bla siap tulis kat tangan lagi. Ada jugak yang masukkan nota kecik kt dalam stokin nanti da dapat soalan cepat2 letak kat bawah soalan, memang aku tabik ar budak2 nie..ada2 jer cara yang tersendiri. Kalau cara aku lain dari yang lain, tapi mana boleh cakap kt korang nanti korang nak tiru pulak stail aku..hahaha....
Nak cakap baca buku da baca tapi kenapa eyy tak dapat jawab jugak agaknya kena rebus dulu nota tu then airnya minum, insyallah pandai terus ..hahahahahaha... =*)
Aku nie pun tak la baik sangat dalam hidup aku pun pernah tiru jugak, lagi pun aku fikir sapa yang dapat markah tinggi tu mesti meniru, lagi pun kt depan2 mata aku lagi dye meniru kalau da meniru la kan bukan exam da tu..ha..budak dalam kelas aku pun siap depan2 pensyarah lagi tiru tapi aku tengok pensyarah relex jer macam tak nampak apa2 pun..bab aku nak tiru bis ar pancung kepala nie, jangan cakap nak tengok kiri kanan badan nie nak gerak sikit jer sudah pasti ada warna merah di kertas anda..hahahaha
Ok la da tiba untuk aku tido..huhuhuhu...lalalala~~~~~~~~~