state the function of color code in telephone sistem

welcoMe..!!!

Aku menulis sekadar suka suki
tiada kena mengena dengan idup atw mati
aku sekadar nak menyenangkan hati
lw tidak suka silakan pergi
dari page cerita kedai kopi

Khamis, 30 Jun 2011

seorang hamba allah

assalamualaikum.. sudah lama jugak aku tidak singgah di sini maklum saja orang sibuk la katakan hahaha.. aper yang aku nak kongsi pada kali nie adalah harapan seorang insan yang bergelar ibu..
Aku  mempunyai rumah sewa yang disewakan kepada sebuah keluarga yg berhijrah ke johor, nk pendekn cerita pada suatu malam, jiran aku nie dapat sebuah panggilan yang menyatakan anak beliau kemalangan dan keadaan beliau amat teruk,. Beliau telah kehilangan banyak darah, ambulance yg datang lambat dan macam semut di situ dengan keadaan jalan yg amat sesak dengan orang ramai yg menghulurkan bantuan. Aku sangat terkejut bila berita tersebut di sampaikan kepada ku, bagai angin yg berlalu tetapi aku harus kuat untuk mendengar dengan hati yang tenang.

Selang beberapa hari......
Aku bertanya kepada jiranku, alangkah terkejutnya aku bila pakcik bagitahu bahawa anak beliau ditahan di wad dan keadaan beliau amat teruk, kemalangan yang berlaku memberi kesan yg mendalam dalam jiwa setiap orang yang datang melawat beliau di hospital. Beliau dijaga rapi oleh dokter dan jururawat, pakcik juga bagi tahu kepada ku bahawa faizal koma dan akan hilang ingatan jika beliau sedar kelak. Hanya linangan air mata yg dapat aku gambarkan keadaan beliau pada saat itu. Kemalangan yg meragut hampir semua kekuataannya. Tidak dapat untuk aku berfikir jika aku di tempat ibu dan ayah beliau, pada saat ini hanya mampu berserah pada tuhan yg tahu segalanya.
Disaat ini juga hadirnya seorang ibu yg telah banyak berjasa terhadap anak-anak, selama 9 bulan dalam kandungan si ibu akhirnya lahirnya hamba allah yg pada saat ini terlantar koma di hospital. Wajah tenang seorang ibu aku tatapi agar aku dapat tahu maksud di sebalik wajah tua tersebut tapi andaian aku meleset, seorang ibu yg dari tadi hanya duduk diam bagaikn memikirkan takdir anaknya. Akhirnya air mata seorang ibu mengalir jua hanya kekuatan yg dapat menahan air mata tersebut. Si ibu bagaikan redha dengan apa yang terjadi mengharap agar ada hikmah di sebalik semua ini. Ibu siapa yg mampu menahan air mata tak kala melihat keadaan si anak penuh dengan sokongan wayar di badan, si ibu dengan rela sangup melepaskan anaknya pergi kepada pencipta dari anaknya terseksa bergitu, mungkin juga siapa yg mendengar seorang ibu sangup berdoa sebegitu terhadap anaknya bagi kita sangat kejam tapi di dalam hati si ibu mengharap agarnya akan tenang disana, si ibu tidak sangup melihat penderitaan yg di tanggung oleh si anak.
Si ibu tidak lepas dari membaca surah yassin agar anak yg disayang selama ini kembali sedar, walaupun beliau sedar ingatan beliau akan hilang beliau tetap adalah anak ibu n ayah, walau macam mana pun keadaan si anak dengan harapan dan doa ibu n ayah insyallah suatu hari beliau pasti sedar. Dengan izin tuhan yg maha pemurah lagi maha penyayang aku doakan agar beliau kembali sihat..insyallah..amin..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan